~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday 24 June 2011

Perhimpunan Bersih 2.0: Pendapat Penulis

Sebelum itu, saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang fikir saya salah dan 'rude'. Ini sekadar pendapat yang saya ingin kongsikan bersama dan apa yang saya tulis adalah jujur dari hati. Dan saya rasa, rakyat Malaysia ada hak untuk bersuara dan memberikan pendapat.

Bagi saya, Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah suatu idea yang mengarut. Mereka sekadar membazir masa di beberapa tempat dan hanya membuat bising. Adakah orang dewasa melakukan ini? TIDAK! Mari duduk sejenak dan kita sama-sama berfikir. Mereka yang terlibat dengan perhimpunan ini mahukan SPRM lakukan kerja mereka dengan telus. Tidak cukupkah apa yang SPRM telah lakukan? Mareka tidak fikirkah bahawa cara meraka itu salah? Bukankah dengan mengadakan perhimpunan haram akan menjatuhkan imej mereka sendiri?

Mereka juga mendakwa SPRM tidak jujur menjalankan tugas ketika pilihanraya. Mereka berpendapat pihak kerajaan pusat menang pilihanraya adalah tidak adil. Maka, bahagian yang pihak pembangkang menang juga tidak adillah? Begitu? Mereka ingin menentang tetapi mereka tidak berfikir panjang sebelumnya.

Bukan bermakna saya menulis ini saya menyokong mana-mana pihak. Bagi saya, salah tetap salah. Kita negara demokrasi. Ada cara yang benar disediakan bagi mereka yang membangkang. Ikutlah cara yang telah ditetapkan dan jgn menyusahkan diri sendiri. Apa yang baik kita jadikan iktibar dan yang buruk itu, kita jadikan sempadan. Sampai bila masyarakat Malaysia hendak bersatu sekiranya perkara sebegini tidak diselesaikan?

Sama-sama fikirkan.

1 comment:

eryza ilyas said...

Betul tu~ sangat setuju~ Perhimpunan ni sangat berbahaya dan takkan mendatangkan kebaikan kepada negara.. Jagalah keamanan sebaik mungkin~ Semoga Allah lindungi kita semua..Amin..